web analytics

Kalau Bab Ini, Serahlah Kat Orang Kita!

Author:

Loading

Aku rasa macam baru je aku tulis dalam blog ni cerita tentang Powerman. Sedar-sedar Powerman tahun 2023 dah semakin hampir. Apa taknya, Powerman Ahad ni – lagi dua hari. Cepat betul masa berdetik.

Macam yang aku kata, dalam blog aku minggu lepas ada aku nyatakan yang aku tak jadi nak masuk Powerman. Kalau korang belum baca, jemputlah baca cerita aku yang tu dulu. Barulah faham situasi sebenar.

Disebabkan aku tak dapat nak menyumbangkan tenaga aku untuk Powerman, aku pun terfikir untuk menawarkan dalam bentuk lain. Itu pun jenuh jugalah aku fikir. Akhirnya aku dapat idea iaitu reload balik stok Prodium aku.

Sebelum ini, ramai yang What’s App aku nak beli Chain Milk dan aku terpaksa jawab dengan jawapan yang boleh menghampakan kepada yang bertanya. Aku memang dah lama tak reload stok. Jadi, aku tak dapat nak penuhi kehendak mereka yang dahagakan Prodium Chain Milk.

Dan dua hari lepas aku order 20 botol Prodium sebagai stok. Dengan niat untuk memudahkan mereka yang suka buat persiapan saat akhir ketika Powerman nanti.

Kalau korang nak tahu, aku dah pakai produk Prodium ni sejak tahun 2019. Masa tu aku masih pakai minyak rantai berasaskan minyak iaitu wet dan dry. Ini menyebabkan rantai dan cassette aku kotor. Baru kayuh sekali, rantai dan cassette aku hitam. Fedap betul!

Aku pakai minyak rantai berasaskan minyak sejak tahun 2010. Memang stress setiap kali lepas kayuh, rantai dan cassette aku hitam legam. Bila nak cuci, paling leceh. Aku kena cuci dgn mintak tanah. Habis lantai kotor dengan kesan hitam. Lama pulak tu nak bagi bersih.

Aku dah pakai 60km. Bersihkan?

Tapi, lepas aku pakai produk Prodium, kerja aku jadi senang. Lantai pun tak kotor ketika mencuci basikal. Paling penting, rantai dan cassette aku sentiasa bersih daripada kesan hitam. Alhamdulillah, selesai masalah aku.

Bayangkan sejak 2010 sampailah 2019, aku terpaksa hadap masalah ni. Pehhhh!

Ikut pengalaman aku, kalau jenis minyak Dry, sedap pakai sampai 80km je. Kalau Wet pulak, cecah 180-200km, dah tak sedap. Rasa kesat. Dah tak smooth.

Tapi, paling ketara yang aku dapat rasa sepanjang aku pakai Prodium Chain Milk ni, walaupun aku kayuh non-stop mencecah 350km, masih lagi sedap (Merujuk ketika bikepacking dari Putrajaya ke Taiping sejauh 355km). Bila waktu panas pulak, cadence aku smooth. Bila aku study, yang menyebabkan aku dapat rasa rantai aku smooth sebab wax tu. Bila panas, wax akan jadi licin. Bila licin, rantai pun rasa smooth lah.

Patutlah.

Sejak dari situ aku cuba produk lain untuk dapatkan perbezaan. Tapi akhirnya aku pilih Prodium juga. Sebabnya, harga murah dan kualiti produk separas antarabangsa. Murah sebab tak ada duti import. Itu je. Iyalah, Prodium ni buatan Malaysia. Mana ada duti import. Itu sebab harga murah.

Pemilik Prodium ni Syukran Lokman duduk kat Shah Alam. Berbelas tahun dahulu dia RnD untuk dapatkan resepi produk Chain Milk, Bio Degreaser dan juga Bike Cleaner. Bukan senang woi!

Dari situlah aku fikir, baik aku edarkan produk Prodium ni. Terutama sekali sekitar Putrajaya. Aku pun dah pakai lama dan aku berpuas hati. Apa salahnya aku rekemen kat orang ramai. Barang baik dan harga pulak murah.

Senarai harga produk Prodium.

Lagi satu, kalau kita tak menyokong perniagaan tempatan, akan tenggelam dan hilang dalam pasaran. Aku tak nak jadi macam tu. Macam aku katakan tadi, ianya produk yang bagus dan setaraf dengan peringkat antarabangsa. Kat mana ruginya kalau kita pakai?

Orang tempatan kalau bab modifikasi dan teknikal, bagilah kat orang kita. Hasilnya memang padu. Baik modify enjin motor hinggalah ke kapal terbang perang. Orang kita berbakat teruks!

Oversized pulley aku pun bersih je. Padahal dah pakai 60km.

Kalau orang kita terrer dalam ubahsuai enjin, apalah sangat dengan minyak rantai basikal. Celah gigi je ha-ha!

Kalau korang nak mencuba atau pernah cuba dan tak tahu kat mana nak dapatkan semula produk Prodium, korang hubungi je aku. Nak pos pun boleh, COD pun boleh. Tapi COD kat Putrajaya je.

Ni nombor What’s App aku: 011-2378 5357

Sehingga berjumpa lagi!

PS: Kalau korang nak tahu, ada beberapa orang yang podium dalam race ambik stok Chain Milk kat aku tau. Tapi diorang senyap je tak bagi tau kat orang. Ha-ha-ha-Hampeh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.