web analytics

Tanpa Persiapan Bikepacking

Author:

Disebabkan sejak minggu lepas aku agak sibuk, maka blog ini aku tak dapat nak kemaskini. Seperti yang korang tau, aku baru je balik dari bikepacking. Baru sangat tu taklah. Tapi dah lima hari jugaklah aku balik. Cuma sepanjang hari tu aku banyak luangkan masa untuk selesaikan hal keluarga, berehat dan juga siapkan video untuk hari pertama aku bikepacking.

Dan semalam, aku berjaya siapkan episod pertama untuk siri bikepacking tu. Tiga hari jugaklah untuk siapkan satu video. Ada dua lagi nak kena buat. Hehehe…

Kalau guna kamera Insta360, memang biasanya ambil masa agak lama. Kalau tiga hari tu kiranya normallah untuk siapkan satu video.

Nampaknya, ramai yang suka dengan video yang aku muat-naik semalam tu. 4,000 tontonan dalam masa 14 jam. Dan ramai jugalah yang tinggalkan komen-komen murni dan romantis. Terima kasih tau!

Kalau ikutkan, aku sepatutnya habis bikepacking hari Ahad. Tapi hari Khamis tu aku terpaksa tamatkan kayuhan dan balik terus ke Putrajaya. Nak tahu kenapa, kena tunggu episod vlog aku yang akan datang.

Aku langsung tak bersedia untuk kayuhan epik sejauh ni. Dengan carbo loading tak berapa nak ada, mileage tak ada, kelengkapan tak sempurna dan ada jugalah satu dua benda lain yang aku tak bersedia.

Hari Sabtu aku sempat beli semua ni. Termasuk juga beberapa ubat dan juga sunblock.

Cari Penyakit!
Hari Rabu malam aku dihubungi Ryna. Dia tanya pasal kamera Gopro dan Insta360. Katanya nak beli kamera. Daripada topik tu langsung beralih kepada jemputan rasmi mengajak aku bikepacking selama 7 hari.

Aku pun bijak juga. Aku taklah terus terima pelawaan Ryna tu. Aku cuma balas, “biar aku fikir dulu”.

Tapi dalam bijak tu juga, banyak bodohnya aku kat situ. Hari Jumaat petang aku bersetuju untuk mengikut diorang.

Dengan takde persiapan macam aku cakap tadi tu kira bodohlah tu ha-ha!

Nasib baik Aidil datang rumah aku untuk cod hari Ahad.

Nasib baik hari Khamis tu memang aku ada temujanji dengan Gerek Ventures kat Semenyih untuk menyelenggara penuh basikal Yoeleo R12 aku tu. Dan hari Sabtu petang baru aku dapat ambil.

Hari Sabtu dan Ahad tu jugalah aku beli barang-barang keperluan aku. Senang cakap, dalam masa dua tiga hari tu macam-macam aku kena persiapkan kelengkapan.

Tak cukup masa bai!

Mileage hari pertama.

Barang paling penting aku gagal dapatkan adalah Protein Recovery jenama SiS atau N8. Mana nak cekau barang tu sebab barang tu kategori rare. Biasanya aku beli kat Shopee je. Tapi kalau aku beli kat Shopee, silap-silap barang dapat lepas aku balik dari bikepacking.

Benda ni bukan sebarangan boleh dapat. Kebetulan sekarang ni kan ke banyak acara race. Tak kisahlah, race basikal ke, race lari ke…Recovery Protein ni jadi rebutan.

Itu yang hari Sabtu dan Ahad tu aku pergi beberapa kedai basikal dan semua habis stok. Aku hubungi pengedar SiS pun diorang tak dapat nak bantu. Paling awal diorang boleh hantar kat aku pun hari Isnin. Hari Isnin pagi tu aku dah start bikepacking.

Cirit!
Terpaksalah aku tibai recovery protein Din masa bikepacking itu hari. Sudahnya, jenama Koda tak kena dengan perut aku. Cirit-birit aku dibuatnya. Nasib baik aku bawak ubat cirit.

Inilah bahananya kalau tiada persiapan rapi. Kalau setakat kayuh 160km, insya-Allah boleh ala kadar persiapannya. Tapi kalau perjalanan ratusan kilometer hingga ke ribuan kilometer dalam waktu yang singkat, tanpa persiapan rapi itu bahaya.

Okeylah, korang nantikan je vlog susulan aku tu nanti. Banyak yang aku nak cerita tau.

Tapi apa-apa pun, aku cukup berterima kasih dan bersyukur berpeluang mengikut Ryna, Nora dan juga Din bikepacking. Ini satu pengalaman yang sangat mencabar dan satu perjalanan yang menarik. Cukup menarik dan ianya satu paras yang berlainan berbanding siri-siri kayuhan yang pernah aku buat sebelum ni.

PS: Korang jangan tiru macam aku tau. Jadikan cerita aku ini sebagai sempadan iaitu, “Kayuh jauh-jauh jangan sampai tercirit!” Ha-ha!

2 thoughts on “Tanpa Persiapan Bikepacking”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *