web analytics

Powerman 2022 – Dah Ready ke tu?

Author:

Sejak beberapa minggu kebelakangan ni aku tengok kat Putrajaya ramai yang kayuh basikal. Pertambahan basikal TT naik mendadak sepanjang laluan rutin aku iaitu Presint 5 dan 6. Setelah diselidik, rupa-rupanya seminggu dua ini ada acara Ironman dan juga Powerman.

Patutlah.

Ada khabar berita yang masuk Ironman, nak letgo nombor bib Powerman. Ini kerana jarak antara dua acara itu cuma seminggu. Ironman dahulu, dan minggu hadapannya pula Powerman di Putrajaya.

Dan ada juga yang nak letgo nombor bib Powerman. Alasannya, dah 2 tahun acara ni tertunda disebabkan PKP – takde mood nak join dah.

Betul juga. Berlatih punyalah nak rak, sekali event Powerman ditunda banyak kali disebabkan PKP. Siapalah yang tak down, kan?

Kalau ikutkan aku pun sebenarnya nak join juga Powerman kali ni. Kalau korang ikut saluran Youtube aku, ada aku buat vlog berlatih Powerman. Walau pun takde tiket penyertaan, aku gigih ikut Speedzone berlatih. Kata hati aku, training je dulu; yang lain kemudian cerita.

Tak lama lepas tu nak Powerman, ada sorang brader ni nak jual nombor bib dia. Aku pun beriayalah nak beli dengan harga ratusan Ringgit Malaysia. Alih-alih dia cakap tak jadi jual. Tak lama lepas tu kerajaan umumkan PKP fasa pertama.

Ha-ha-ha…nasib baik!

Jadi, sekarang ni ramai yang masuk Powerman acara CLASSIC iaitu 10KM (lari), 60KM (basikal) dan 10KM (lari) tanpa latihan yang cukup.

Hah, masaklah korang hal-ha!

Kalau nak cerita pasal Powerman ni, aku sebenarnya dah masuk acara CLASSIC dua kali iaitu pada tahun 2012 dan 2013. Lepas tu aku buat keputusan untuk pencen.

Aku pernah cakap benda ni kat dalam Youtube aku sebab-sebab aku tak nak masuk dah Powerman dan ramai pertikaikan alasan aku kat komen; terutama sekali aku sentuh ‘faktor umur’.

Faktor umur ni semua orang nak pukul sama rata. Ini omputih punya kata-kata mutiaralah- “Age Doesn’t Matter”. Asal kita bagi alasan sebab umur, keluarlah statement gampang ni. Benci betul aku ha-ha!

Asal omputih cakap tu semuanya betul. Ceh!

Bila dah berumur ni, aku kena hargai masa. Aku kena susun masa cantik-cantik; kena utamakan yang patut diutamakan dahulu. Aku mahu utamakan benda yang belum pernah aku buat.

Kenyataan itu aku letak kata nama ‘aku’ dan bukannya ‘kita’. Sebab benda ini subjektif dan setiap orang berbeza keperluan.

Kalau korang muda dan ajal lambat lagi, itu lainlah. Umur muda, banyak masa dan benda kita boleh buat. Inilah masanya kita manfaat umur seadanya. Kamonnnn, macamlah aku tak pernah muda. Aku tahulah…ha-ha!

Orang cuma nampak kalau masuk Powerman, sehari tu je kita berlumba dan lepas tu habis. Setengah hari punya kerja. Tak pakai banyak masa. Tapi orang tak nampak latihan intensif 3 bulan sebelum perlumbaan. Sebelum pergi kerja, lari 5 – 10km. Balik kerja kayuh basikal puluhan kilometer dan terus sambung lari beberapa kilometer. Hujung minggu latihan brick pulak.

Semua ni guna masa, duit dan tenaga. Bukan kerja senang tau.

Itu cerita latihan 3 bulan dan 3 bulan tu minimum. Nak sedap, 6 bulan tempoh latihan – baru best.

Disebabkan aku dah merasa dua kali acara Powerman ni, aku rasa aku nak buat benda lain pula. Contohnya bikepacking atau juga bike touring. Benda ni dah pun aku buat dan seronoknya bukan main.

Inilah aku maksudkan bila sentuh tentang ‘faktor umur’. Pilih yang mana kita suka. Bukannya ikut apa yang orang suka. Kalau orang tu suka tengok kita lingkup, tak kan itu pun kita nak ikut?

Bab agama pun iya juga. Tapi aku tak nak sembang dalam ni. Dan saja aku sebut perkataan agama. Korang tau sebab apa? Episod ke-2 siri bikepacking aku tu ada komen kata aku tak solat.

Setan betul…ha-ha!

Eh, kalau aku tak cerita pasal solat dalam video, maka aku dan kawan-kawan aku tu tak solatlah ye? Gila betul. Yang aku cerita dalam siri bikepacking sebelum ni solat kat masjid/surau tak pulak dia tengok. Baru tengok satu video dan video tu aku tak cerita pasal solat (takkanlah semua video aku nak cerita – ini bukannya tv Al-Hijrah TV9), dah terus kata aku ni Firaun.

Apa, dia tak tahu ke solat jamak tu apa dan kat Malaysia ni setiap beberapa kilometer terpacak stesen minyak yang ada surau? Masjid pun banyak.

Kah-kah-kah!

Eh, dah panjang aku tulis rupanya…

Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku masuk Powerman pada 2011 dan 2012. Sekali terlajak tulis hal lain pulak. Kalau nak, boleh je aku delete dan tulis balik. Tapi, masa itu emas. Kalau aku padam balik apa yang aku tulis bermaksud aku dah bazirkan masa aku tadi.

Takpelah, korang baca ajelah apa yang aku tulis tadi. Esok aku tulis lain pulak.

Bye!

PS: Itulah aku. Niat nak tulis lain, alih-alih jadi cerita lain. Macam tu jugak kayuh basikal; niat nak kayuh 40 km, terus terlajak kayuh 100km.

2 thoughts on “Powerman 2022 – Dah Ready ke tu?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *