web analytics

Kuat Bersukan? Kenalah Urut Satu Badan

Author:

Aku ni lama sangat dah tak mengurut. Last mengurut lepas PKP fasa pertama. Aku dah mengurut dengan abang ni (namanya Rashidi duduk Shah Alam) sejak 2011. Aku jumpa nombor telefonnya kat forum Carigold. Sejak dari situ aku memang panggil dia datang ke rumah aku untuk mengurut. RM70 sahaja. Jauh lebih murah berbanding tayar basikal cap Continental atau Goodyear.

Lepas tu aku cuba hubungi abang Rashidi lagi. Sampai ke sudah tak dapat. Call pun tak dapat, What’s App pun tak lepas. Dah pindah New Zealand agaknya.

Sejak dari situ aku cuba mencari orang yang boleh urut. Tanya kawan-kawan pun tak tahu. Pelik sungguh!

Dua minggu lepas aku dapat nombor What’s App ni…katanya seorang pengurut tradisional. Tengok gambar profile What’s App-nya, nampak muda. Kata hati aku, “Kalau pengamal urutan tradisional, mestilah dah tua. Mana boleh muda.”

Itulah persepsi aku. Aku kurang yakin dan aku abaikan sahaja. Sambil tu aku cuba cari tukang urut yang lain. Tapi masalahnya nak mencari pengamal urutan tradisional bukan mudah. Susah woi! Umpama mencari pasangan yang pandai memujuk – sangat susah.

Sudahnya aku hubungi nombor telefon yang aku dapat dua minggu lepas.

Cas perjalanan ke Putrajaya RM20. Harga keseluruhannya RM120. Sejam setengah satu sesi.

Jadi aku buat temujanji keesokan harinya iaitu hari Selasa (aku hubunginya hari Isnin semalam). Katanya slot petang dan malam sahaja yang ada. Disebabkan aku nak kayuh kat smart trainer pada petang hari, jadi aku ambil sesi sebelah malam.

Dan malam tadi pengurut tradisional tiba di rumah aku agak awal sekitar jam 8:15 malam.

Masa dia datang tu dia bawak beg nipis dan agak besar juga. Rupanya dalam tu meja untuk mengurut. Maksudnya, aku tak payah baring atas tilam aku sendiri. Sebaliknya aku baring atas meja mengurut yang dibawanya. Alah, meja tu sebijik macam kat tempat mengurut profesional.

Lebih kurang macam ni. Terer betul.

Dia sudah memberi first impression yang aku tak sangka. Rasa takjub juga sebab aku tak pernah ada pengalaman macam ni.

Dipendekkan cerita, sepanjang sesi mengurut, aku boleh bagi 4.5/5. Tapi sakit dia, jangan cakaplah. Dia tekan urat kaki aku rasa macam nak mengelupur dibuatnya. Tapi aku tahankan je walau pun sakit. Aku tak nak dia cakap dalam hati macam ni:

“Alah, urut sikit dah mengelupur. Macam pondan. Dalam Youtube Pahlawan Basikal macam kuat sangat.”

Tapi aku tak rasa dia tau saluran Youtube aku tu. Aku bukannya Michael Jackson yang semua orang kenal.

Kalau korang sedang mencari pengamalam urutan tradisional, aku cadangkan cuba dengan dia ni:

Nurhaziq Hakimi
Pengamal Urutan Tradisional / Sport Massage
0182254992

Sport massage pun boleh.

Katanya dia belajar urutan tradisional daripada emaknya. Katanya lagi dia dari keluarga yang mengamalkan urutan tradisional. Selepas tu dia masuk kelas belajar Sport Massage.

Okey, itu je aku nak cerita kat korang semua. Sengaja aku buat pos ni sebab zaman iPhone 14 Plus ni payah nak cari orang pandai mengurut. Kita pulak bersukan macamlah Superman. Tapi badan tak dijaga. Mana boleh macam tu. Dah dilanyak badan dan kaki, kenalah servis dengan cara mengurut.

Oh ya, perempuan pun ada juga. Korang cuba hubungi nombor ni. Aku rasa ni kawan dia juga:

PS: Katanya, kedua-dua kaki aku dan juga bahu ada angin. Disebabkan aku bersukan, kondisi aku taklah teruk sangat. Tak perlu urut kerap. Sebulan sekali dah memandai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *