web analytics

Dia cakap ok, tak urgent. Nasib baik!

Author:

Dua hari lepas aku ada muat naik video berkenaan dengan Bike Smart Computer iGPSPORT model BSC100S. Pembuatan video ni berjalan lancar. Lagi pun aku dah setup kamera, mikrofon dan beberapa peralatan pengambaran dua hari sebelumnya. Dan itu sebabnya pada hari pengambaran segalanya jadi mudah. Pasang lampu, alih kedudukan mikrofon dan mulakan rakaman.

Sepanjang rakaman, tak banyak yang aku buat silap. Dan aku mengambil masa cuma sejam. Dalam pukul 2 petang, video siap edit sepenuhnya dan bersedia untuk muat naik ke saluran Youtube Pahlawan Basikal.

Bayangkan, punyalah cepat aku dapatkan siap video kali ini…aku sempat mengambil Ridley Noah aku kat Gate One Cycle Shoppe pukul 2:30 petang. Dalam satu hari banyak benda aku dapat buat. Produktif sungguh!

Sempat ambik basikal kat Gate One Cycle Shoppe.

Sebenarnya, meter ni aku dah dapat pada hujung bulan Ogos. Ianya daripada syarikat iGPSPORT di China. Amoi bahagian pemasaran dari iGPSPORT hubungi aku melalui What’sApp selepas beberapa hari aku balik daripada bikepacking dari Putrajaya ke Gerik. Aku cakap aku tak dapat buat video dalam waktu terdekat. Sebab aku nak bagi ruang vlog bikepacking aku tu dahulu. Bulan November baru aku boleh mulakan kerja dan muat naik video meter tu.

Dia cakap ok, tak urgent. Nasib baik!

Untuk pengetahuan korang, ini adalah kerjasama aku yang ke-dua dengan mereka. Dan, ini adalah meter yang ke tiga aku terima daripada iGPSPORT. Setakat ni aku puas hati. Bukan disebabkan aku dapat percuma aku terpaksa cakap meter ni bagus. Tapi memang meter ni kena dengan kehendak aku. Tak kan aku nak cakap meter ni teruk, kan?

Sebelum aku menerima tawaran ini daripada syarikat tersebut, aku dah buat kajian. Biasanya mereka ini akan menghubungi aku melalui emel. Aku akan baca dengan teliti emel tersebut dan mula membuat kajian melalui laman web syarikatnya. Dari situ aku akan lihat latar belakang syarikat dan produk-produk utama mereka.

Kalau aku rasa produk dia meyakinkan aku, aku akan balas dan perbualan selanjutnya akan diteruskan melalui What’sApp.

Begitulah cara aku berurusan dengan mereka.

Tapi, ada je yang aku tak ambil tawaran daripada sesetengah syarikat; contohnya macam carbon frame, meter basikal, helmet, tayar sebab aku tak yakin dengan barangan yang ditawarkan kepada aku.

Aku tak akan ambil barang sebarangan dan sogok untuk orang membelinya.

iGPSPORT model BSC100S.

Tugas aku bukan suruh orang beli barang yang aku review. Tugas aku cuma untuk meluaskan esposure jenama dan produk-produk syarikat serta memperkenalkan jenama dan produk (terutamanya produk flagship) kepada penonton video-video aku.

Itu sahaja.

Melalui video-video ulasan aku itu boleh dijadikan rujukan kepada penonton. Sebelum membeli sesuatu barangan, para penonton setiap video aku boleh membuat pilihan dan perbandingan dahulu.

Contohnya, katakanlah pada permulaannya korang ada dua jenama meter sahaja dalam kepala iaitu Garmin dan Wahoo. Setelah mengetahui kewujudan jenama iGPSPORT, maka pilihan korang menjadi tiga. Dari situ korang aku lihat harga, perbandingan fungsi-fungsi yang ada pada setiap jenama dan kesesuaian gaya kayuhan korang.

Macam tu lah.

Kalau kena dengan citarasa korang, maka korang akan beli. Kalau produk yang aku buat ulasan tu tidak menjadi pilihan, itu tidak mengapa. Aku langsung tidak rasa kecil hati. Malah aku berasa bangga sebab aku dapat bantu korang membuat pilihan yang tepat.

Dapatlah 30km pagi ni. Sejam je aku kayuh…

Setakat ini setiap tugasan review yang aku terima aku akan buat dengan bersungguh-sungguh. Kebanyakan daripada mereka pun berpuas hati dengan hasil kerja aku.

Aku harap korang dapat luangkan masa menonton video ulasan aku dan menyokong sepenuhnya hasil kerja yang aku terbitkan dalam saluran Youtube Pahlawan Basikal. Setiap video yang aku hasilkan adalah produk aku. Ianya percuma untuk semua orang hehe…

Oklah, penulisan aku kali ini agak flat. Tak ada gurauan mesra seperti selalu. Mungkin sebab aku letih kot. Iyalah, aku baru je lepas kayuh kat smart trainer sejauh 30km selama sejam. Badan pun berlengas denga peluh. Sementara badan ni sejuk, aku luangkan masa untuk menulis sesuatu untuk blog ni.

Okeylah, kita jumpa minggu depan pula.

PS: Betul-betul flat penulisan aku kali ini. Apa sudah jadi dengan aku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *