Hari ni aku ada temujanji dengan wakil pemasaran di Lerun Industries Sdn. Bhd., Puchong. Diorang nak bagi aku cuba spek mata untuk aku pakai masa kayuh basikal. Spek mata yang macam mana, model apa, design macam mana, aku pun tak tahu. Tapi yang pasti jenama SCICON.
Korang pun tahu kan yang spek mata Oakley aku dah barai teruk. Dah 4 tahun lebih aku pakai. Alah, aku dah cerita dalam video aku sebelum ni. Tak tahulah korang dah tengok atau belum.
Aku ada dua spek mata dan kedua-duanya adalah jenama Oakley. Dua-dua spek ni dah teruk sangat keadaannya. Itu sebab aku nak beli spek mata baru. Tapi, alhamdulillah…murah rezeki aku. Sedang mencari spek mata baru, aku dihubungi oleh Lerun Insudtries. Diorang tanya aku nak tak cuba spek mata SCICON.
Syukur Alhamdulillah.


Kalau korang nak tahu spek mata Oakley aku tu dah hilang coating. Dah tak ada fungsi sangat. Kalau pakai, setakat nak nampak hensem, mengelak benda asing masuk mata dan menahan silau cahaya matahari. Itu je.
Oklah, aku nak ke Puchong – nak ambik spek mata baru hehehe…
.
.
.
Ok, aku baru je balik dari Puchong di mana terletaknya Lerun Industries Sdn. Bhd. Kat situ jugak terjumpa Lee (Fadhli Khairon) kawan lama aku yang 11 tahun dahulu kami lumba basikal sama-sama dalam Putrajaya. Tak tahu pulak dia kerja kat situ sekarang ni. Dulu mekanik kat Rodalink Putrajaya.
Wakil pemasaran daripada Lerun Industries namanya Ivan. Dialah goreng aku tadi tentang kelebihan spek mata SCICON. Teruja jugaklah aku sepanjang sesi pengenalan tentang spek mata ajaib buatan Itali tu tadi.
Ivan bawa keluar 3 model yang berbeza dan beberapa pilihan warna spek mata untuk aku lihat dan cuba. Akhirnya hati aku terpaut kat satu model ni iaitu AEROSHADE KUNKEN.

Tak apa, nanti aku pakai dulu dan akan cerita kat korang semua dalam video aku tentang spek mata baru aku ni.
Oh ya, aku pilih bingkai warna putih dan warna Multimirror Blue. Sebab apa? Sebab warnanya boleh dipadankan dengan helmet HJC Ibex 2.0 warna Chameleon aku tu.



Okeylah. Itu je cerita aku untuk kali ni. Korang jangan tanya soalan banyak sangat pasal spek mata ni. Sebab semua tu nanti aku akan cerita dalam video aku akan datang.
Babai!
PS: Tak sabar nak pakai masa kayuh nanti. Tak pun esok solat Jumaat, aku pakai je dulu. Tak sabarrrrrrrr!